Thursday, September 10, 2015

Cara Jual Kereta di Mudah.my-Siri 2 (Penetapan Harga)

Saya kongsikan sedikit pengalaman dan ilmu serta pendapat saya berkenaan penetapan harga dalam menjual kereta di mudah.my. Cara ini tak semestinya sesuai untuk semua keadaan. Dan cara ini boleh juga kadang-kadang digunakan untuk jualan lain, seperti jual motorsikal (saya pernah buat dan dapat jual sebuah motorsikla di mudah.my)

Macam mana nak letak harga jualan kereta di mudah.my

1. Ana kenalpasti market calue kereta anda.

Caranya?

Anda search harga jualan kerta yang sama spec dan sama tahun dengan anda dari seluruh Malaysia, dalam mudah.my. Biasanya harga yang lebih kurang sama tu, adalah market value.

Market value tu maksudnya harga semasa kereta anda.

Nak tahu lebih tepat, anda boleh tengok harga yang dijual oleh company. Company ni biasanya kedai kereta terpakai. Mereka biasanya jual kereta ikut harga market value kerana bank pun akan bagi loan ikut market value. Kalau mereka jual mahal-mahal pun, tak lepas loan.

2. Ok, anda dah tahu market value. Langkah kedua adlaah letak harga lebih kurang daripada market value.

Ada beberapa strategi. Kalau kereta anda lebih kurang sama ja macam kereta yang orang lain jual, anda boelh letakkan harga kereta anda kurang sedikit daripada harga yang orang lain jual. Tapi jangan kurangkan banyak sangat. Mungkin dalam RM100-RM500.

Dengan cara ni, ia lebih menarik pembeli berpotensi. Ini kerana, mereka akan rasa akan lebih jimat beberapa ratus jika membeli kereta anda.

Anda nak rugi RM100-RM500 atau anda nak rugi sebab tak dapat jual kereta anda?

3. Jangan letak harga terendah yang anda boleh tawarkan.

Sesetenagah penjual, nak jual cepat kereta mereka. Atau tak kisah sangat harga jualan, rugi sikit pun takpa.

Walaupun anda berfikiran begini, jangan letakkan harga terendah anda di mudah.my.

Letakkan harga yang rendah sedikit dari harga market value dalam mudah.my. Kemudian anda tulis "Harga boleh dirunding" HHarga boleh kurang lagi"

Sebab, pembeli di mudah.my biasanya akan mintak pengurangan harga. Jika anda letak harga terendah anda, nanti anda akan rugi.

Sekurang-kurangnya bila pembeli call anda dan mintak kurang, anda boleh beritahu harga berdekatan dengan harga terendah anda atau terus bagitahu harga terendah anda.

Jangan letakkan harga terendah tersebut di mudah.my kerana anda akan menzalimi penjual lain juga. Mereka pun nak untung dan nak cover kos mereka yang anda tak perlu tampung..kos kedai, kos iklan, balance hutang bank dan lain-lain.

4. Jika kereta anda ada kelebihan berbanding kereta-kereta lain dalam model dan spec yang sama yang dijual di mudah.my, anda boleh letakkan harga yang lebih berbanding harga 'market value' di mudah.my.

Ianyan dipanggil 'added value'. Sekiranya ada 'added-value', orang sanggup untuk beli kereta anda pada harga yang lebih mahal.

Mungkin kereta anda ada tayar baru, mungkin sarung kusyen kulit, atau sportrim berkualiti, atau pemain DVD berkualiti, kamera belakang..dan lain-lain.

Ok, nanti ada masa saya sambung lagi. All the best.

Siri 1: Target market
Siri 3: Gambar

No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...